Ahad, 18 Mei 2014

3 tahun aku bersusah payah menempuh dugaan dan cabaran di menara gading bagi mencapai hasrat aku dan keluarga aku untuk mengubah kehidupan pada masa yang akan datang.tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi aku akan meninggalkan alam pengajian ini buat sementara waktu sebelum aku menyambung semula diperingkat yang seterusnya. pelbagai pengalaman dan pengajaran telah aku terima dan pelajari selama aku berada di sini. selama 3 tahun ini aku telah belajar tentang erti kehidupan sebenar bagi meningkatkan kenyakinan diriku ini. pelbagai aktiviti kokurikulum telah aku sertai, menjadi wakil pelajar di kolej siswa dan sebagainya. dari situlah aku mula faham untuk menguruskan sesuatu program, bekerjasama dalam kumpulan dan berpeluang untuk bertemu orang-orang yang hebat. dari situ jugalah aku berasa keyakinan dalam diri aku mula bertambah sedikit demi sedikit. inshaaAllah aku harap selepas ini aku dapat mengaplikasikannya didalam dunia pekerjaan yang sebenar.

selain itu, aku juga telah belajar tentang erti kawan dan persahabatan. jika kita melihat kawan dan sahabat adalah perkara yang sama, namun ianya adalah berbeza. kawan akan berada bersama kita apabila kita berada dalam kesenangan (gembira), malah sahabat pula adalah mereka yang sentiasa berada bersama kita walau disaat kita suka dan duka. dengan sahabat juga kita dapat meluahkan segala perasaan dan pandangan kita kepadanya bagi mengelakan diri kita daripada tekanan bak kata orang putih "sharing is caring". disini juga kita akan mengenali seseorang itu sama ada ianya adalah kawan mahupun sahabat. betullah apa yang dikatakan oleh orang-orang tua dahulu yang mana pengalaman itu adalah satu pengajaran dan memberi kita makna yang sangat bermakna dalam kehidupan kita.

Sabtu, 19 April 2014

ramai yang mengatakan aku ni sombong...
mungkin disebabkan oleh ketidakperamahan aku ni lah mereka anggap aku ni sombong..
secara peribadinya aku ni memang x berapa peramah mcm orang2 lain kerana sekiranya aku berjumpa seorang kawan baru, aku akan cuba meramahkan diri aku namum tidak terdaya...aku hanya mampu untuk bertanyakan nma dan perkara-perkara yang asas shj...itulah sbb aku kurang bercakap dan banyak berdiam diri bila dalam keadaan situasi yang baru...walaupun sukar untuk bercakap aku hanya mampu untuk memberi senyuman bila bertemu dengan orang lain...sekiranya nampak aku gelak ketawa dengan mereka itu, mgkin itu adalah orang yang telah biasa dengan aku.. kadang-kadang kalau bercakap dengan orang aku cuba untuk bersembang tentang apa yang mereka minati untuk memberi perbualan itu menjadi panjang. namun aku x boleh berbuat demikian kerana habis ja cerita tentang tu idea aku mula hbis dan x tahu untuk mencari idea yang baru...

Isnin, 17 Mac 2014

FENOMENA MANJA DALAM MENUNTUT ILMU


Kadang-kadang ada di antara kita yang terlalu 'MANJA' dalam menuntut ilmu. Sedangkan susah payah dan PENGORBANAN dalam menghadiri majlis ilmu adalah satu faktor besar bagi keberkatan ilmu. Cuba fikirkan :


a. Ada orang yang bila seseorang 'alim, ustaz atau guru hadir berceramah di suatu tempat yang bukan berdekatan mereka. Mereka MINTA GURU datang mengajar di tempat mereka.


b. Bila buat di tempat mereka, mereka MINTA GURU mengajar buat pada waktu mereka cuti.


c. Bila buat waktu mereka cuti, mereka ada program lain lalu MINTA GURU yang mengajar upload ceramah ke youtube.


d. Bila dah upload ke youtube, mereka komen kenapa panjang sangat, MINTA GURU buat pendek-pendek agar tidak letih menonton.


e. Bila ada soalan mereka send ke email, sms, whatsapp, inbox facebook guru lalu MINTA GURU jawab dengan segera.


f. Bila guru lambat balas, mereka hentam GURU sebagai sombong, berlagak selebriti. Lalu MINTA guru bertaubat.


g. Bila guru membalas ringkas dan pendek serta padat, mereka anggap GURU tak hikmah dalam berbahasa kerana kelihatan kasar tanpa pendahuluan.


h. Bila semua ini dinyatakan, akan ada yang MINTA GURU bersabar..nasihatkan gurui bahawa itu asam garam dalam dakwah. Sedangkan mereka sendiri lupa untuk SABAR hadapi susah payah hadiri ke majlis ilmu guru terbabit.

Beginikah kesungguhan dan cara sebahagian kita dalam mempelajari ilmu agama untuk diri, kebaikan di alam barzakh dan akhirat? Sedang ia perkara serius yang patut setara keutamaannya seperti keluar bekerja mencari nafqah dan gaji. Malah patut lebih serius lagi.

'Manja' dalam mencari ilmu akan hanya bertemu dengan penghayatan ilmu yang lembik dan kurang mampu diamalkan juga.

Sabtu, 15 Februari 2014

memang diri kita ini selalu ego...
tapi kita x sedar akan semua itu. 
kita selalu ego dengan pencipta kita....
Allah menyuruh kita berdoa dan meminta kepadanya tetapi 
kita manusia sering ego kerana nak mencari kemewahan dunia...
kita manusia sering ego kerana berpolitik bagi merebut kuasa pemerintahan..
kita manusia sering ego dek kerana pelbagai masalah yang dihadapi...
tetapi kita semua lupa bahawa keegoan kita itu akan menyebabkan kita merana..

kita perlukan Allah untuk segala-galanya...
sama ada dalam kesusahan ataupun dalam kesenangan...
jangan kita ego...
kerana ego itu merugikan kita....

bermuhasabahlah diri kita......
kepada Allah tempat kita meminta dan memohon pertolongan...
janganlah ego...

Ahad, 12 Januari 2014

rindu Rasulullah

Wahai Rasulullah,

Tika ini, jika engkau hadir bertamu,

Mungkin mengalir deras airmatamu,

Dek kesayuan mengenang umatmu,

Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,



Wahai Rasulullah,

Nafsu kini menjadi tuhan,

Harta dan pangkat menjadi sembahan,

Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,

Ibadah dirasa berat tidak tertahan,

Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.



Wahai Rasulullah,

Kedamaian rumahtangga semakin hancur,

Sikap curang semakin subur,

Peranan ibubapa kian gugur,

Ketaatan anak-anak turut melebur,



‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,

Akibat solat yang tiada berarah,

Amat jauhlah keikhlasan ibadah



Wahai Rasulullah,

Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,

Namun ramai mendustakan ajaranmu,

Harta kini lebih dicintai dari cintamu,

Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,

Seperti khayalan yang nyata palsu,



Wahai Rasulullah,

Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,

Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,

Hinggapnya hanya sebentar,

Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...



Taubat kami kurang kekesalan,

Tiada penghayatan, tiada keinsafan

Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,

Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,



Wahai Rasulullah,

Aurat wanita tercemar kian,

Berbangga ditayang & dihias berlebihan,

Ditagih penghargaan dan kalam pujian,

Tidak dipeduli murka Tuhan,

Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,

Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,



Wahai Rasulullah,

Bersamamu, kami merindui kehidupan,

Namun adakah diri ini punyai kelayakan,

Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,

Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,

Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,



Wahai Rasulullah,

Belas Allah kami harapkan,

Moga , tatkala menjelang kematian,

Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.


Nukilan

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Isnin, 6 Januari 2014

ISU:
Apakah pandangan Islam dalam berpolitik?

PENJELASAN:
Sekiranya politik ditakrifkan dengan takrifan umum iaitu ‘memelihara kemaslahatan ummah,’ maka ia adalah satu kewajipan terhadap semua individu atas dasar setiap manusia
adalah khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mentadbir dan memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya (Surah al-Baqarah, ayat 30). 

Ia juga adalah satu tuntutan berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang tidak mengambil berat hal berkaitan urusan orang-orang Islam, bukanlah dari golongan mereka”. Walaupun makna ‘mengambil berat urusan muslimin’ ini adalah umum dan dapat dilakukan juga dalam bidang-bidang lain, namun dalam politik aspek penguatkuasaannya lebih berkesan. 

Sekiranya kita melihat politik dari sudut yang lebih khusus seperti yang ditakrifkan oleh al-Nabhani iaitu “memelihara urusan umat dalaman dan luaran” ( ri’ayah al-shu’un al-ummah dakhiliyyan aw kharijiyyan), maka ia adalah satu bentuk fardhu kifayah iaitu kewajipan kepada mereka yang diberikan tanggungjawab dan amanah pemerintahan. Mereka bertanggungjawab memastikan keadilan dan kemaslahatan ummah terlaksana dalam urusan pemerintahan.

Walaupun urusan politik tidak termasuk dalam urusan keagamaan secara khusus (umur diniyyah) seperti hal akidah dan ibadah, namun dalam Islam, nilai-nilai agama harus mendasari setiap bidang kehidupan termasuk bidang politik. Justeru itu, di dalam Islam mereka yang diberikan amanah dalam siyasah dan pemerintahan, perlu menuruti nilai dan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Islam. 

Antara karya penting yang boleh dirujuk dalam bidang politik Islam ialah Kitab Al-Tibr al-Masbuq fi Nasihat al-Muluk karangan Imam al-Ghazali dan Kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah oleh al-Mawardi. 

Wallahu A’lam

Rabu, 11 Disember 2013

saat ahli tajwid berbicara tentang cinta


Apabila PAKAR TAJWID Bercinta:

ROMANTIKNYA SEORANG AHLI TAJWID DGN ISTERI

Isteriku, saat pertama kali berjumpa denganmu, aku bagaikan berjumpa dengan Saktah hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar.

Aku di matamu mungkin bagaikan Nun Mati di antara idgham Billaghunnah, terlihat, tapi dianggap tak ada.

Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar,
jelas dan terang.

Jika Mim Mati bertemu Ba disebut ikhfa Syafawi, maka jika aku bertemu dirimu, itu disebut cinta.

Sejenak pandangan kita bertemu, lalu tiba-tiba semua itu seperti Idgham Mutamaatsilain melebur jadi satu.

Cintaku padamu seperti Mad Lazim ...
Paling panjang di antara yang lainnya...

Setelah kau terima cintaku, hatiku rasanya seperti Qalqalah Kubro..
terpantul-pantul dengan keras.

Dan akhirnya setelah lama kita bersama, cinta kita seperti Iqlab,
ditandai dengan dua hati yang menyatu.

Sayangku padamu seperti Mad Thobi'i dalam quran.
Baanyaaakkk....!!

Semoga dalam hubungan kita ini seperti idgham Bilaghunnah,
cuma berdua, Lam dan Ro' .

Layaknya seperti Waqaf Mu'annaqah, hanya boleh berhenti di salah
satunya, kau atau aku?

Meskipun perhatianku terlihat sembunyi seperti Alif Lam Syamsiah, cintaku padamu seperti Alif Lam Qomariah, terbaca jelas.

Isteriku, kau dan aku seperti Idghom Mutajanisain.
perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tapi berlainan sifatnya.

Aku harap cinta kita seperti Waqaf Lazim, terhenti sempurna di akhir hayat.

Sama halnya dgn Mad 'Aridh dimana tiap mad bertemu Lin Sukun Aridh akan berhenti, seperti itulah pandanganku ketika melihatmu.

Layaknya huruf Tafkhim, namamu pun bercetak tebal di fikiranku

Seperti Hukum Imalah yg dikhususkan untuk Ro' saja, begitu juga aku yang hanya untukmu.

Semoga aku jadi yang terakhir untuk kamu seperti Mad Aridlisukun.