Isnin, 7 Julai 2014

mungkin hari ini kita merasa diri kita tidak berguna pada orang disekeliling kita.
ini adalah kerana kita semua mahukan prihatin mereka kepada kita.
namun kita sendiri alpa yang kita juga memerlukan mereka,
tetapi adakah kita memberi perhatian kepada mereka?
itulah asam garam kehidupan yang saling memerlukan antara satu sama lain.

titik permulaan untuk kita dapatkan perhatian dari orang sekeliling adalah dengan menegur dan menasihat antara satu sama lain.
dengan teguran itulah mampu kita untuk menghuraikan apa kita merasa selama ini..
harap semuanya adalah baik untuk kita semua...
setiap hari aku meletakkan satu harapan untuk aku menyakinkan diri ini, namun harapan itu mungkin tidak dapat aku realisasikan jika aku tidak mengambil peluang yang ada. berbekalkan doa dan usaha yang jitu akan memberikan aku lebih bersemangat untuk menempuhinya. jadikan Nabi Muhammad dan para sahabat sebagai idola kita, sebagai inspirasi kita untuk kita mengambil semangat dalam memcapai satu harapan iaitu memperjuangkan islam dan menegakkan Agama Allah ini. jika kita rebah, kita perlu bangun untuk teruskan perjuangan itu.
Ramadhan yang datang pada kali ini aku mengharapkan sesuatu yang terbaik,
aku cuba ingin mengubah diri untuk menjadi orang yang lebih baik dan soleh.
tetapi semua itu akan didatangi oleh halangan-halangan yang tidak tahu bagaimana.
untuk memperolehi atau memenuhi segala impian itu, kita seharusnya sabar dan tenang dalam menghadapi segala halangan tersebut.
biarlah ramadhan kali ini kita akan memperoleh berkat dan barokahnya serta bertemu dengan malam lailatulqadar..
:)
:) :) :)

#selamat menjalani ibadah puasa

Ahad, 18 Mei 2014

3 tahun aku bersusah payah menempuh dugaan dan cabaran di menara gading bagi mencapai hasrat aku dan keluarga aku untuk mengubah kehidupan pada masa yang akan datang.tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi aku akan meninggalkan alam pengajian ini buat sementara waktu sebelum aku menyambung semula diperingkat yang seterusnya. pelbagai pengalaman dan pengajaran telah aku terima dan pelajari selama aku berada di sini. selama 3 tahun ini aku telah belajar tentang erti kehidupan sebenar bagi meningkatkan kenyakinan diriku ini. pelbagai aktiviti kokurikulum telah aku sertai, menjadi wakil pelajar di kolej siswa dan sebagainya. dari situlah aku mula faham untuk menguruskan sesuatu program, bekerjasama dalam kumpulan dan berpeluang untuk bertemu orang-orang yang hebat. dari situ jugalah aku berasa keyakinan dalam diri aku mula bertambah sedikit demi sedikit. inshaaAllah aku harap selepas ini aku dapat mengaplikasikannya didalam dunia pekerjaan yang sebenar.

selain itu, aku juga telah belajar tentang erti kawan dan persahabatan. jika kita melihat kawan dan sahabat adalah perkara yang sama, namun ianya adalah berbeza. kawan akan berada bersama kita apabila kita berada dalam kesenangan (gembira), malah sahabat pula adalah mereka yang sentiasa berada bersama kita walau disaat kita suka dan duka. dengan sahabat juga kita dapat meluahkan segala perasaan dan pandangan kita kepadanya bagi mengelakan diri kita daripada tekanan bak kata orang putih "sharing is caring". disini juga kita akan mengenali seseorang itu sama ada ianya adalah kawan mahupun sahabat. betullah apa yang dikatakan oleh orang-orang tua dahulu yang mana pengalaman itu adalah satu pengajaran dan memberi kita makna yang sangat bermakna dalam kehidupan kita.

Sabtu, 19 April 2014

ramai yang mengatakan aku ni sombong...
mungkin disebabkan oleh ketidakperamahan aku ni lah mereka anggap aku ni sombong..
secara peribadinya aku ni memang x berapa peramah mcm orang2 lain kerana sekiranya aku berjumpa seorang kawan baru, aku akan cuba meramahkan diri aku namum tidak terdaya...aku hanya mampu untuk bertanyakan nma dan perkara-perkara yang asas shj...itulah sbb aku kurang bercakap dan banyak berdiam diri bila dalam keadaan situasi yang baru...walaupun sukar untuk bercakap aku hanya mampu untuk memberi senyuman bila bertemu dengan orang lain...sekiranya nampak aku gelak ketawa dengan mereka itu, mgkin itu adalah orang yang telah biasa dengan aku.. kadang-kadang kalau bercakap dengan orang aku cuba untuk bersembang tentang apa yang mereka minati untuk memberi perbualan itu menjadi panjang. namun aku x boleh berbuat demikian kerana habis ja cerita tentang tu idea aku mula hbis dan x tahu untuk mencari idea yang baru...

Isnin, 17 Mac 2014

FENOMENA MANJA DALAM MENUNTUT ILMU


Kadang-kadang ada di antara kita yang terlalu 'MANJA' dalam menuntut ilmu. Sedangkan susah payah dan PENGORBANAN dalam menghadiri majlis ilmu adalah satu faktor besar bagi keberkatan ilmu. Cuba fikirkan :


a. Ada orang yang bila seseorang 'alim, ustaz atau guru hadir berceramah di suatu tempat yang bukan berdekatan mereka. Mereka MINTA GURU datang mengajar di tempat mereka.


b. Bila buat di tempat mereka, mereka MINTA GURU mengajar buat pada waktu mereka cuti.


c. Bila buat waktu mereka cuti, mereka ada program lain lalu MINTA GURU yang mengajar upload ceramah ke youtube.


d. Bila dah upload ke youtube, mereka komen kenapa panjang sangat, MINTA GURU buat pendek-pendek agar tidak letih menonton.


e. Bila ada soalan mereka send ke email, sms, whatsapp, inbox facebook guru lalu MINTA GURU jawab dengan segera.


f. Bila guru lambat balas, mereka hentam GURU sebagai sombong, berlagak selebriti. Lalu MINTA guru bertaubat.


g. Bila guru membalas ringkas dan pendek serta padat, mereka anggap GURU tak hikmah dalam berbahasa kerana kelihatan kasar tanpa pendahuluan.


h. Bila semua ini dinyatakan, akan ada yang MINTA GURU bersabar..nasihatkan gurui bahawa itu asam garam dalam dakwah. Sedangkan mereka sendiri lupa untuk SABAR hadapi susah payah hadiri ke majlis ilmu guru terbabit.

Beginikah kesungguhan dan cara sebahagian kita dalam mempelajari ilmu agama untuk diri, kebaikan di alam barzakh dan akhirat? Sedang ia perkara serius yang patut setara keutamaannya seperti keluar bekerja mencari nafqah dan gaji. Malah patut lebih serius lagi.

'Manja' dalam mencari ilmu akan hanya bertemu dengan penghayatan ilmu yang lembik dan kurang mampu diamalkan juga.

Sabtu, 15 Februari 2014

memang diri kita ini selalu ego...
tapi kita x sedar akan semua itu. 
kita selalu ego dengan pencipta kita....
Allah menyuruh kita berdoa dan meminta kepadanya tetapi 
kita manusia sering ego kerana nak mencari kemewahan dunia...
kita manusia sering ego kerana berpolitik bagi merebut kuasa pemerintahan..
kita manusia sering ego dek kerana pelbagai masalah yang dihadapi...
tetapi kita semua lupa bahawa keegoan kita itu akan menyebabkan kita merana..

kita perlukan Allah untuk segala-galanya...
sama ada dalam kesusahan ataupun dalam kesenangan...
jangan kita ego...
kerana ego itu merugikan kita....

bermuhasabahlah diri kita......
kepada Allah tempat kita meminta dan memohon pertolongan...
janganlah ego...