Ahad, 18 Mei 2014

3 tahun aku bersusah payah menempuh dugaan dan cabaran di menara gading bagi mencapai hasrat aku dan keluarga aku untuk mengubah kehidupan pada masa yang akan datang.tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi aku akan meninggalkan alam pengajian ini buat sementara waktu sebelum aku menyambung semula diperingkat yang seterusnya. pelbagai pengalaman dan pengajaran telah aku terima dan pelajari selama aku berada di sini. selama 3 tahun ini aku telah belajar tentang erti kehidupan sebenar bagi meningkatkan kenyakinan diriku ini. pelbagai aktiviti kokurikulum telah aku sertai, menjadi wakil pelajar di kolej siswa dan sebagainya. dari situlah aku mula faham untuk menguruskan sesuatu program, bekerjasama dalam kumpulan dan berpeluang untuk bertemu orang-orang yang hebat. dari situ jugalah aku berasa keyakinan dalam diri aku mula bertambah sedikit demi sedikit. inshaaAllah aku harap selepas ini aku dapat mengaplikasikannya didalam dunia pekerjaan yang sebenar.

selain itu, aku juga telah belajar tentang erti kawan dan persahabatan. jika kita melihat kawan dan sahabat adalah perkara yang sama, namun ianya adalah berbeza. kawan akan berada bersama kita apabila kita berada dalam kesenangan (gembira), malah sahabat pula adalah mereka yang sentiasa berada bersama kita walau disaat kita suka dan duka. dengan sahabat juga kita dapat meluahkan segala perasaan dan pandangan kita kepadanya bagi mengelakan diri kita daripada tekanan bak kata orang putih "sharing is caring". disini juga kita akan mengenali seseorang itu sama ada ianya adalah kawan mahupun sahabat. betullah apa yang dikatakan oleh orang-orang tua dahulu yang mana pengalaman itu adalah satu pengajaran dan memberi kita makna yang sangat bermakna dalam kehidupan kita.