Isnin, 11 Jun 2012

kata-kata renungan buat semua

  1. Ingat, hidup kita cuma sekali hiaslah hidup kita dengan penuh keceriaan dan kasih sayang, tapi jangan lupa selimutlah dengan keimanan, maka hidup kita akan bahagia di dunia dan akhirat.  
  2. Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati, pada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki, tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.   
  3. Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa, agama tidak menyuruh kalau suruhan itu membawa selamat dan bahagia.
  4. Usah terlalu fikirkan apa yang akan kita perolehi sebaliknya satukan fokus dan tenaga kepada tindakan yang mahu dilakukan. Sebab kejayaan besar yang diimpikan esok hari adalah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diperolehi setiap hari. Jika langkah-langkah kecil kita setiap hari membawa kita kearah kecemerlangan dunia dan akhirat maka berjayalah kita. Ingat, kejayaan bukan satu destinasi tetapi sebaliknya satu perjalanan. Siapa kita dipenghujung hidup jauh lebih penting daripada apa yang kita perolehi. Fikir-fikirkan dan sebar-sebarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan